Pengenalan Website Life Long Learning & Kuiz Klik Dengan Bijak
23 Januari 2017 | Aktiviti Terkini22 Januari 2017, Ahad – PI Presint 18 merupakan antara PI di Putrajaya di bawah program Smart Community oleh MCMC. Salah satu inisiatif program ini adalah dengan menyediakan konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui website Life Long Learning dikendalikan oleh MCMC. Website tersebut mengandungi pelbagai input pembelajaran yang berguna kepada komuniti sekitar dan sesuai untuk semua lapisan peringkat umur yang ingin menimba ilmu pengetahuan disamping permainan minda yang menarik untuk pelajar.
Tujuan pengenalan website ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar mengenai pengisian website Life Long Learning disamping memberi aktiviti yang berfaedah kepada pelajar pada cuti minggu sekolah. Kuiz Klik Dengan Bijak bertajuk ‘Buli Siber’ turut diadakan untuk memberi peringatan kepada peserta kesan negatif yang akan berlaku jika kita tidak mencegah kejadian buli siber terutamanya dilaman sosial.
Program telah berlangsung bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai 15 orang peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: