Kenduri 1Wilayah Persekutuan 2017
27 Februari 2017 | Aktiviti Terkini26 Februari 2017, Ahad - Kenduri 1Wilayah Persekutuan merupakan salah satu acara tahunan bagi warga Wilayah Persekutuan khususnya Putrajaya. Bersempena dengan program ini, warga kerja PI Putrajaya berpeluang mengambil bahagian disamping dapat bertemu komuniti serta memperkenalkan Pusat Internet kepada umum. PI Putrajaya turut membuka booth bagi menarik minat pengunjung yang hadir mendapatkan info dan maklumat berkaitan ICT, keusahawanan serta menyertai aktiviti dan permainan yang dianjurkan staff PI Putrajaya yang terlibat. Anggaran 10,000 warga Putrajaya dan masyarakat sekitar yang hadir.
Program berskala besar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Program yang berlangsung mendapat sambutan yang amat memberansangkan terutama di kalangan penduduk setempat. Selain pelbagai booth – booth menarik dibuka, pertandingan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.
Pembukaan booth telah dilaksanakan pada Hari Pusat Internet bertemu komuniti Putrajaya untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya dengan warga Putrajaya. Booth telah dibuka seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: