Bengkel Advokasi bersama Kluster Putrajaya & Hulu Langat

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

15 Disember 2018, Sabtu – Bengkel Advokasi Pusat Internet bagi Kluster Putrajaya dan Hulu Langat telah diadakan di Pusat Internet Presint 18. Bengkel ini telah disertai oleh 8 orang staf Pusat Internet bagi Kluster Putrajaya dan Semenyih. Staf Pusat Internet yang telah mendapat latihan daripada MCMC pada bengkel yang lalu di Genting Highland telah melatih dan memberi penerangan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang berdekatan dengan mereka.

Antara penerangan yang diberikan adalah berkaitan advokasi baru & langkah-langkah pencegahan terhadap masalah siber kini yang semakin membimbangkan. Antara modul yang dibincangkan seperti Mengurus Jejak Digital Anda, Klik Dengan Bijak, Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas