Program ICT dan Advokasi bersama MIV

3 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

2 Disember 2018, Ahad – Pusat Internet Presint 18 bersama Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan MIV telah mengadakan Program ICT dan Advokasi bersama MIV di PI Presint 18. Program ini merupakan kolaborasi bersama Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan MIV. Malaysian ICT Volunteer, MIV merupakan inisiatif dari MCMC untuk rakyat Malaysia yang terpilih iaitu mahir dalam ICT serta mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan dengan mengadakan kelas, program dan aktiviti berkaitan ICT dan advokasi bersama komuniti sekitar dengan kerjasama Pusat Internet.

Program pada kali ini merupakan tugasan akhir MIV untuk komuniti. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah Kuiz Kahoot, Kuiz KDB, Google game Interland, dan scramble password. Program telah diadakan pada 1 Disember 2018, Sabtu yang lalu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas