Aktiviti Menarik eKelas Matematik & Sains
26 Februari 2018 | Aktiviti Terkini25 Februari 2018, Ahad – Untuk tahun 2018, eKelas Maxis telah mengadakan aktiviti menarik untuk pelajar eKelas pada bulan ini iaitu aktiviti berkumpulan untuk subjek Sains (eksperimen mini) dan Matematik. Aktiviti ini diadakan untuk memberi kelainan pada sesi pembelajaran pada tahun ini supaya pelajar lebih berminat dan bersemangat untuk konsisten hadir ke ekelas pada setiap minggu. Selain itu, aktiviti ini diadakan supaya pelajar lebih mudah memahami dan mendalami pembelajaran yang diajar oleh guru dengan aktiviti secara praktikal bersama rakan yang lain.
Portal eKelas juga digunakan untk para pelajar menghantar tugasan yang diberikan oleh guru dan berkongsi dengan rakan ekelas di PI yang turut menyertai aktiviti ini. Aktiviti dijalankan pada setiap hari Sabtu iaitu pada 3, 10 dan 24 Februari yang lalu di PI Presint 18. Kelas bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: