Perbincangan Kumpulan Fokus bersama Ibu Bapa
17 April 2018 | Aktiviti Terkini16 April 2018, Isnin – Perbincangan Kumpulan Fokus diadakan oleh pihak UTAR untuk menjalankan penyelidikan di bawah Program Kerjasama Penyelidikan Media Rangkaian (NMRCP) mengenai kesan telefon pintar ke atas interaksi manusia, khususnya ahli keluarga. Perbincangan bersama para ibu bapa itu telah berlangsung di PI Presint 18.
Perbincangan ini dapat memberi input berguna bagi tujuan penyelidikan pihak UTAR mengenai kesan penggunaan telefon pintar ke atas interaksi manusia terutamanya dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, para ibu bapa dapat beramah mesra bersama para ibu bapa yang lain serta staf PI dan pihak UTAR ketika perbincangan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: