Pop kuiz @ PI Presint 18 & Kelas Pivot Animator
09 Januari 2018 | Aktiviti Terkini8 Januari 2018, Isnin – Permulaan tahun 2018 kali ini, PI Presint 18 telah mengadakan aktiviti menarik untuk ahli PI iaitu Pop Kuiz @ PI Presint 18 dan Kelas Pivot Animator. Soalan Pop Kuiz yang dipaparkan mengenai ICT serta kempen yang dijalankan oleh MCMC iaitu KDB, Check Your Label, laman web sebenarnya.my dan mobile ewaste. Kuiz yang diadakan menggunakan laman web interaktif iaitu Kahoot. Peserta yang menyertai aktiviti dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah bersama rakan yang lain.
Sementara itu, Kelas Pivot Animator pula diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta aplikasi mudah yang sesuai untuk pelajar pelajari dalam mencipta video serta menyunting animasi ringkas. Aplikasi tersebut juga dapat mencungkil bakat kreatif peserta dalam mereka sketsa ringkas menggunakan aplikasi tersebut. Walaupun aplikasi ini hanya mempunyai fungsi dan ciri asas sahaja, peserta dilihat teruja kerana berpeluang merekacipta animasi mereka sendiri. Program diadakan pada 7 Januari (Ahad) lalu dan telah berlangsung bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: