Portal eKelas
23 April 2018 | Aktiviti Terkini22 April 2018, Ahad – EKelas Maxis telah memperkenalkan portal eKelas iaitu sebuah portal interaktif yang menarik untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3. Portal ini merupakan inisiatif dari Maxis untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran berasaskan pendidikan digital. Portal ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep pembelajaran secara digital untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Selain itu, para pelajar juga dapat berkenalan serta saling bertukar pendapat dengan pelajar daripada 54 PI Maxis di daerah lain yang terpilih untuk program portal eKelas ini. Silibus yang digunakan di dalam portal ini juga menepati piawaian pembelajaran sekolah yang ditetapkan. Sesi ulangkaji menggunakan portal eKelas diadakan pada setiap minggu di PI Presint 18 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu di PI Presint 18.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: