Program Santai Dakwah
02 April 2018 | Aktiviti Terkini1 April 2018, Ahad - Program Santai Dakwah merupakan sebuah program julung kalinya diadakan dengan anjuran bersama Surau Jumaat Mahmoodiah, Surau Al-Kauthar Presint 18, KRT 18R13, UMNO dan PI Presint 18. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat muhibah dalam konteks ukhwah dan Islamiah dengan mempelajari ilmu agama bertemakan konsep santai. Program ini juga untuk menggalakkan masyarakat setempat sentiasa membantu golongan yang memerlukan melalui promosi sumbangan yang dilancarkan sewaktu program berlangsung.
Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat dan tetamu jemputan yang hadir. Program telah dijalankan selama dua sesi iaitu pada sesi pagi di Surau Jumaat Mahmoodiah Presint 18 dan untuk sesi malam diadakan di Dewan Komuniti 18R13. Antara penceramah jemputan dan ahli panel terkenal yang hadir untuk program ini adalah Ustaz Dr Ahmad Termizi, Izam (EYE), DJ Irwansyah dan Ustaz Fadzli Aziz. Program telah berlangsung pada 31 Mac 2018, Sabtu yang lalu. Untuk sesi pagi seramai 40 peserta yang turut serta dan untuk sesi malam seramai 200 orang pengunjung yang hadir. Staf PI Presint 18 juga turut terlibat bersama pihak pengurusan sepanjang program dengan menjadi urusetia dan mengikuti program yang berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: