Program Sambutan Hari Raya

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

7 Julai 2018, Jumaat – Telah berlangsungnya program Sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Penduduk Blok D Apartment 18R13 Putrajaya. Program ini merupakan program tahunan bersempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Pusat Internet Presint 18 juga turut bekerjasama menjayakan program tersebut disamping menyumbang juadah jamuan untuk komuniti sekitar.

Staf Pusat Internet juga turut serta dengan membantu sebagai urusetia program dan juga sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah dengan masyarakat setempat. Program telah diadakan pada 6 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Seramai lebih kurang 100 orang komuniti yang hadir untuk program kali ini terdiri daripada penduduk sekitar P18R13. Program bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas