Kem Cuti Sekolah eKelas
25 November 2018 | Aktiviti Terkini24 November 2018, Sabtu – Ekelas Maxis dengan jayanya telah mengadakan Kem Cuti Sekolah eKelas bagi tahun 2018. Kem Cuti Sekolah eKelas ini adalah satu cara bagi memberi ganjaran kepada pelajar yang bersemangat dan berdedikasi sepanjang menyertai eKelas. EKelas adalah program komuniti perdana Maxis. Direka khas sebagai satu kelas tambahan digital di luar waktu sekolah, eKelas memupuk pembelajaran dalam cara yang lebih menyeronokkan. EKelas telah menjalankan program di 55 Pusat Internet yang terletak di seluruh Negara kecuali Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Sabah. Program ini ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan mengfokuskan kepada tiga subjek penting iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Pelajar dari Pusat Internet Presint 18 merupakan antara 100 pelajar lain yang terpilih dari 55 Pusat Internet Maxis untuk menyertai Kem Cuti Sekolah eKelas. Program Kem Cuti Sekolah eKelas telah diadakan pada 21 hingga 23 November 2018 iaitu pada Rabu hingga Jumaat yang lalu bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Menara Maxis dan Petrosains. Antara aktiviti menarik sepanjang program: sukaneka, aktiviti bersama UKM, Lawatan ke Menara Maxis dan Petrosains dan Sesi Pelancaran eCikgu di Portal eKelas yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: