School Holiday Workshop – Augmented Reality
2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini2 Disember 2018, Ahad – Telah berlangsungnya School Holiday Workshop anjuran Dynamic Ninja Academy dengan kerjasama Pusat Internet Presint 18. Kandungan pembelajaran untuk bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai STEM iaitu Science, Technology, Engineering dan Math. Pelajar akan mempelajari platform software baru iaitu Augmented Reality. Tenaga pengajar untuk bengkel tersebut adalah dari Dynamic Ninja Academy.
Bengkel yang dijalankan telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah (13-17 tahun) dan sekolah rendah (9-12 tahun) sekitar Putrajaya. Bengkel diadakan pada 1 Disember 2018, Sabtu yang lalu dihadiri oleh 10 orang pelajar. Program berlangsung di PI Presint 18 bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: