Create Basic Cursor Game & E-learning

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

6 Januari 2019, Ahad – Kelas permulaan bagi tahun 2019 di PI Presint 18 adalah mengenai mencipta basic Cursor Gamer menggunakan Microsoft Power Point, lukisan dan kemahiran dalam menaip. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mempelajari Microsoft Power Point dengan cara yang menarik iaitu dengan mencipta permainan cursor game. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari website yang mengajar teknik menaip secara mudah dan cepat.

Untuk kelas lukisan pula pelajar kelihatan teruja dengan aktiviti melukis berpandukan video daripada Youtube. Kelas yang diadakan ini dapat mengisi masa lapang mereka selepas sesi persekolahan. Kelas telah diadakan pada 4 dan 5 Januari 2019, Jumaat dan Sabtu yang lalu dihadiri oleh 5 orang peserta. Kelas berlangsung di PI Presint 18 bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas