Majlis Ramah Mesra Komuniti 18R13

21 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

20 Mac 2019, Rabu – Rukun Tetangga Komuniti 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Komuniti P18R13 blok A dan B bagi tahun 2019. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar disamping saling bertukar pendapat mengenai isu permasalahan komuniti setempat. Komuniti yang hadir dapat berbincang bersama dengan Jawatankuasa Rukun Tetangga 18R13 untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian kepada isu berkenaan seperti isu kerosakan fasiliti, keselamatan dan isu-isu yang lain.

Program ini juga dapat menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar. Pusat Internet Presint 18 mengambil kesempatan ini turut serta turun padang dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program. Program telah diadakan pada 16 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program tersebut bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas