Penilaian eKelas Subjek English, Matematik & Sains

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

17 Mac 2019, Ahad – EKelas Maxis telah mengadakan sesi penilaian untuk pelajar eKelas pada bulan ini bagi subjek English, Matematik dan Sains. Penilaian ini diadakan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar setelah menghadiri eKelas yang diadakan setiap minggu. Penilaian bagi subjek English diadakan secara manual manakala penilaian subjek Matematik dan Sains diadakan secara atas talian menggunakan portal eKelas. Sesi penilaian dijalankan pada hari Sabtu, 16 Mac yang lalu di PI Presint 18. Sesi penilaian ekelas juga diadakan sehingga 24 Mac 2019 untuk pelajar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Seramai 15 orang pelajar hadir untuk sesi penilaian ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas