Modul Produk & Photoshot bersama Giatmara Putrajaya

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

16 Mac 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Modul Keusahawanan bertajuk Produk & Photoshot bersama Giatmara Putrajaya. Latihan bersama pelajar Giatmara diadakan pada minggu kedua setiap bulan bermula bulan Februari sehingga Mei 2019. Modul latihan yang dijalankan pada minggu ini merangkumi asas keusahawan mengenai modul fotografi menggunakan mobile, teknik mengambil gambar produk untuk jualan online dan advokasi.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar asas keusahawanan dan kaedah mengambil gambar produk dengan mudah dan menarik hanya dengan menggunakan smart phone. Modul tersebut merangkumi teknik flatlay, rule of third dan apps mengedit gambar iaitu Snapseed. Program juga diselitkan dengan Kuiz Kahoot advokasi, Mobile ewaste untuk mendedahkan pelajar dengan kempen kesedaran mengenai mobile ewaste. Program diadakan pada 15 Mac 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 20 orang pelajar dan 2 orang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas