E-learning Portal eKelas

11 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

10 Januari 2019, Khamis – Kelas pendidikan secara digital, portal eKelas merupakan portal interaktif yang menarik untuk pelajar sekolah. Portal ini merupakan inisiatif dari Maxis untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran berasaskan pendidikan digital. Portal ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep pembelajaran secara digital untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Portal eKelas baru-baru ini telah memperkenalkan eCikgu di portal eKelas memudahkan pelajar untuk bersoal jawab dengan cikgu serta menjawab latihan soalan terdiri daripada subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah. Silibus yang digunakan di dalam portal ini juga menepati piawaian pembelajaran sekolah yang ditetapkan. Sesi ulangkaji menggunakan portal eKelas diadakan pada setiap minggu di PI Presint 18 iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas