School Break Programmes 2019 – Create Easy Comic Online, Poster Mywall & DIY T-Shirt Online

23 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

22 Disember 2019, Ahad – Bersempena cuti persekolahan, PI Presint 18 telah mengadakan program cuti sekolah untuk pelajar yang ingin meluaskan pengetahuan dalam ilmu ICT. Disamping dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Pelajar diberi pendedahan awal tentang teknologi dan ICT yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam penggunaan komputer.

Pada minggu ini, kelas Create Easy Comic Online, Poster Mywall & DIY T Shirt Online telah diadakan pada 19, 21, dan 22 Disember 2019 (Khamis, Sabtu dan Ahad) yang lalu di Pusat Internet Presint 18. Kelas berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Kelas dihadiri oleh pelajar sekolah rendah sekitar Presint 18.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas