Program Gotong Royong Perdana Komuniti P18R13

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

20 Januari 2019, Ahad – Rukun Tetangga Komuniti 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana Komuniti P18R13 bagi tahun 2019. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat kepentingan menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di kawasan yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Menurut pegawai jabatan kesihatan yang hadir untuk memberi kesedaran pencegahan denggi, statiktik kes wabak denggi pada tahun ini semakin meningkat walaupun kita hanya baru melangkah ke tahun baru.

Program ini juga dapat menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar. Pusat Internet Presint 18 mengambil kesempatan ini turut serta turun padang dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program. Program telah diadakan pada 19 Januari 2019 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat mengenai pencegahan denggi, gotong royong sekitar p18R13, gotong royong menyediakan jamuan tengah hari dan cabutan bertuah. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas