Program bersama Giatmara Putrajaya

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Modul Keusahawanan bertajuk Online Business bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Modul latihan yang dijalankan pada minggu ini merangkumi teknik dan tips pemasaran online yang menarik untuk digunakan dalam jualan online. Antara platform online business yang diterangkan adalah Whatsapp Business, Facebook Page, dan Shopee.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai platform online business yang boleh digunakan oleh mereka untuk pemasaran jualan produk. Aktiviti advokasi bertajuk ‘Bahaya Scam’ juga diselitkan dengan penerangan ringkas mengenai Scam beserta Kuiz Kahoot. Program telah diadakan pada 17 Mei 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 19 orang pelajar dan 2 orang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas