Explore Google

14 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

14 Februari 2020, Jumaat – Kelas Explore Google diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai pelbagai fungsi yang terdapat pada akaun Google selain Gmail. Kelas pada kali ini, pelajar dapat mempelajari pelbagai fungsi menarik seperti Google Earth (meneroka peta dunia), Google Drive (simpanan dokumen/File) dan Google Hangout (Panggilan Video).

Aktiviti selingan kuiz kahoot mengenai Google Earth juga diadakan. Kelas diadakan pada 13 Februari, Khamis yang lalu di Pusat Internet Presint 18. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Presint 18. Kelas bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas