Program KOSPEN Bersama Pusat Internet

3 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

2 Februari 2020, Ahad – Program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) bersama Pusat Internet bagi kawasan Selangor dan Putrajaya telah diadakan di Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh pada 29 Januari yang lalu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. KOSPEN merupakan program di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia demi mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera. KKM melatih beberapa staf Pusat Internet supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet sendiri.

Staf Pusat Internet diajar cara untuk mengambil pemakanan yang sihat dan mengikut sukatan yang betul untuk mendidik komuniti setempat supaya lebih menitikberatkan mengenai kesihatan masing-masing. Antara pemeriksaan kesihatan yang diajar seperti memeriksa tekanan darah, mengira BMI dan membuat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Staf Pusat Internet dilatih oleh doktor & pembantu perubatan yang bertauliah sepanjang program berjalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas