English Camp Rock (Program Cuti Sekolah)
11 Disember 2016 | Aktiviti Terkini10 Disember 2016, Sabtu - English Camp Rock merupakan Program Cuti Sekolah anjuran Prism Partners Entreprise dengan kerjasama PI Presint 18. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa terluang pelajar dimusim cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaaat. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah dalam menguasai Bahasa Inggeris. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara sesama peserta ketika kelas dan aktiviti berlangsung.
Kelainan program ini adalah sesi pembelajaran dijalankan dengan menggunakan lagu berbahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar memahami maksud serta mempelajari Grammar yang betul dari lirik lagu tersebut. Selain itu, aktiviti lain yang turut diadalan adalah tayangan mini cinema ‘Lion King’ dan Kuiz Bahasa Inggeris.
Program ini telah berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2016. Pogram diadakan di bilik latihan PI Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai hampir 20 orang pelajar yang menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: