School Break Programmes 2016
21 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniBersempena cuti persekolahan pada bulan Mac yang lalu, PI Presint 18 telah mengadakan program cuti sekolah untuk pelajar yang ingin meluaskan pengetahuan dalam ilmu ICT. Disamping dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan mereka sangat teruja untuk mempelajari ilmu ICT.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap ICT pelajar-pelajar. Pelajar diberi pendedahan awal tentang teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam penggunaan teknologi dan ICT. Program ini telah berlangsung pada bulan Mac iaitu pada 12, 13, 17, 18, & 20 Mac 2016.
Aktiviti yang dianjurkan adalah Kelas Asas Pembinaan Lego 3D, Kelas Intel Learn Easy Steps, dan tayangan mini cerita animasi. Program diadakan di bilik latihan Pusat Internet Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Seramai hampir 20 orang pelajar yang menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: