Kelas Jahitan dan Manik
17 April 2016 | Aktiviti TerkiniSeramai 15 orang peserta telah mengikuti Kelas Jahitan dan Manik anjuran KRT P18R13 dan Pusat Internet (PI) Presint 18 Putrajaya. Kelas ini berlangsung pada 16 April yang lalu bertempat di Pusat Internet Presint 18. Peserta yang mengikuti kelas ini antaranya merupakan surirumah sepenuh masa dan usahawan muda yang ingin mempelajari teknik dan kaedah asas dalam jahitan manik.
Program tersebut berlangsung bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Para usahawan dan surirumah yang hadir dapat mencungkil bakat kreatif mereka dalam kelas jahitan dan manik yang disediakan disamping dapat menjana idea untuk meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, peserta dapat beramah mesra sesama jiran tetangga dengan berkongsi minat yang sama dalam bidang jahitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: