Program Ketuk-Ketuk Puteri 2016
23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini22 Oktober 2016, Sabtu – Program Ketuk-Ketuk Puteri 2016 merupakan program anjuran UMNO Cawangan Putrajaya. Program diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat memasak dan seni ukir tembikai para peserta serta sebagai sesi ramah mesra antara peserta yang terdiri daripada 40 cawangan UMNO di Putrajaya. Staf PI juga dijemput untuk menyertai aktiviti ini sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah serta merapatkan silaturahim dengan masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang berlangsung ialah pertandingan memasak bertemakan ‘Ikan’ dan Pertandingan seni ukir buah tembikai. Program diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dan isteri beliau Datin Seri Anggraini selaku juri utama untuk pertandingan memasak. Seramai lebih kurang 400 orang peserta yang hadir terdiri daripada 40 cawangan UMNO Putrajaya. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: