Program Komuniti Merdeka #SehatiSejiwa
24 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Putrajaya Presint 18 telah mengadakan Program Komuniti Merdeka #SehatiSejiwa sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun. Program berlangsung selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Ogos (Sabtu dan Ahad) yang lalu bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia masa kini demi mengekalkan keamanan yang sedia ada. Selain itu dapat memberi pendedahan kepada warga komuniti akan kepentingan memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung seperti dekorasi Jalur Gemilang bersama PI Presint 18, Pertandingan Poster Digital Merdeka, Mini Cinema Tayangan Filem Merdeka & Kenali Tokoh Kemerdekaan Negara, Pertandingan Sahibba Klik Dengan Bijak (KDB), Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak) serta cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir. Seramai hampir 100 warga komuniti sekitar yang berkunjung ke PI untuk menyertai aktiviti serta menyemarakkan program kemerdekaan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: