Bengkel Pengurusan Sistem E-Rukun Tetangga
29 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini28 Oktober 2016, Jumaat – Bengkel Pengurusan Sistem E-Rukun Tetangga merupakan program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bengkel yang diadakan selama empat hari ini bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan dan latihan kepada ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga KRT di Putrajaya mengenai sistem yang diperbaharui oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN iaitu sistem E-Rukun tetangga. Sistem E-Rukun tetangga ini menjadikan sistem mengemaskini data lebih efisyen, telus dan mudah untuk dicapai oleh pihak jabatan. Sistem ini juga memudahkan ajk KRT dalam merancang aktiviti serta pengurusan aktiviti yang diadakan bersama masyarakat setempat.
Selain itu, peserta dapat beramah mesra dan saling bertukar pendapat mengenai program dan aktiviti yang dianjurkan untuk komuniti serta perbincangan masalah yang dihadapi dikawasan mereka. Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang hadir terdiri daripada ahli jawatankuasa KRT di Putrajaya. Bengkel diadakan pada 25 hingga 28 Oktober 2016, bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: