PI Putrajaya @ Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Putrajaya 2018
13 Februari 2018 | Aktiviti Terkini12 Februari 2018, Isnin - Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Putrajaya merupakan salah satu acara tahunan bagi warga Putrajaya. Bersempena dengan program ini, PI Putrajaya berpeluang mengambil bahagian disamping dapat bertemu komuniti serta memperkenalkan Pusat Internet kepada umum khususnya penduduk sekitar Putrajaya. PI Putrajaya turut membuka booth bagi menarik minat pengunjung yang hadir mendapatkan info dan maklumat berkaitan ICT, keusahawanan serta menyertai aktiviti dan permainan yang dianjurkan staff PI Putrajaya yang terlibat. Anggaran 10,000 warga Putrajaya dan masyarakat sekitar yang hadir.
Program berskala besar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Program yang berlangsung mendapat sambutan yang amat memberansangkan terutama di kalangan penduduk setempat. Selain pelbagai booth – booth menarik dibuka, pertandingan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.
Pembukaan booth telah dilaksanakan pada Hari Pusat Internet bertemu komuniti Putrajaya untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya dengan warga Putrajaya. Program ini diadakan di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya. Booth PI telah dibuka seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: