Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Kompleks Sukan Pancarona, Presint 18
Kompleks Sukan Pancarona, Presint 18, Putrajaya adalah sebuah kompleks yang menyediakan pelbagai kemudahan sukan untuk orang ramai terutamanya kepada penduduk Putrajaya. Kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan ialah padang bola sepak, dua gelanggang futsal dan bola keranjang, dua gelanggang bola jaring, empat gelanggang sepak takraw/tenis dan tiga gelanggang bola tampar. Kemudahan lain yang disediakan adalah grandstand yang boleh memuatkan sehingga 800 penonton. Kemudahan lain juga disediakan seperti surau, bilik persalinan, parking lot kereta dan motosikal, tandas, Bilik VIP dan PA sistem.
Waktu Operasi: 08:00-12:00
Tempahan dan Pertanyaan: Pada masa ini, semua kemudahan tempahan dibuat melalui permohonan rasmi atau dengan mengisi borang tempahan: Unit Sukan dan Rekreasi,
Bahagian Perkhidmatan Komuniti,
Jabatan Perkhidmatan Bandar,
Perbadanan Putrajaya,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Lot 24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya,
Phone: 03 – 8887 7547 / 7439 / 03 – 8887 7000 Ext. 8028.
Fax: 03 – 8887 5022
Phone: 03-88877769
Officer on Duty:
En. Mohd Yusof bin Md Noh
En.Zulhasrad Bin Daud
Tel: 019 - 2803155
Kompleks Futsal 1Malaysia
Kompleks Futsal 1Malaysia terletak di Presint 18, Putrajaya. Kompleks futsal ini telah dibuka secara rasminya pada 15 Julai 2010 (Khamis).
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat : 8.00 am – 10.00 pm
Sabtu – Ahad : 8.00 am – 12.00 am
Cuti Am/ Cuti Umum : 8.00am – 12.00 am
Untuk tempahan: Unit Sukan dan Rekreasi, Bahagian Perkhidmatan Komuniti,
Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya
Jalan P18G, Presint 18, 62150 Putrajaya
Tel: 03-8887 7063 / 7547 / 7439 / 7769 / 03-8000 8000 sambungan 8028
Taman Botani Putrajaya
Taman Botani terletak di bahagian Utara Presint 1. Ia telah direkabentuk sebagai sebuah Arkadia atau sanktuari kebangsaan untuk koleksi taksonomi tumbuh-tumbuhan dan juga sebagai pusat pembelajaran dan kajian.
Taman Botani Putrajaya, Precinct 1, 62000 Putrajaya
Telefon : +603-8887 7770 | Faks : +603-8887 5037 | Emel : botani@ppj.gov.my
WAKTU OPERASI :
Pusat Interpretif Pelawat (VIC)
Isnin - Jumaat | 9.00 pg - 5.00 ptg
Sabtu,Ahad & Cuti Umum | 9.00 pg - 5.30 ptg
Waktu Buka | 7.00 pg - 7.00 mlm
HARI PENYELENGGARAAN
* Perkhidmatan taman akan ditutup setiap hari SELASA untuk kerja-kerja penyelenggaraan .
** Taman Botani masih dibuka untuk lawatan dan aktiviti riadah biasa .
Taman Cabaran Putrajaya
Putrajaya Challenge Park atau Taman Cabaran Putrajaya merupakan sebuah taman 30 hektar di Presint 5 Putrajaya dan merupakan antara taman sukan ekstrem terbaik di Asia. Taman ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009 dan mempunyai tiga tarikan utama iaitu Indoor Rock Climbing Wall Complex, Skate Park dan Thrill Park dan Trails Mountain Bike. Kemudahan di sini diuruskan dengan baik oleh Perbadanan Putrajaya (Perbandaran Putrajaya), dan mempunyai pelbagai pilihan untuk menampung pelawat daripada semua peringkat umur dan tahap kebolehan.
Dibuka setiap hari: 10:00-07:00 (Isnin - Khamis)
10:00-11:00 (Jumaat - Ahad)
Taman Ekuestrian Putrajaya
Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP) terletak di Tenggara Presint 5. TEP dibangunkan di atas kawasan seluas 70 ekar yang menghadap kehijauan Putrajaya dan ia terletak di tepi puncak bukit di mana terdapat Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dengan kelebihan persekitaran semula jadinya, TEP menjadi satu daya penarik kepada penunggang-penunggang untuk menikmati satu suasana baru yang berlatarbelakangkan sukan untuk santaian dan juga pertandingan.
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi :
ARL Equestrian Sdn. Bhd.
Jalan Kandang Kuda, Presint 5,
62200 Putrajaya,
Federal Territory of Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 603 8888 6080
Faks : 603 8888 8699
Emel : tepenquiries@arlglobal.com.my
Web : www.tep.com.my
GPS : 2.896114, 101.684638