Learn STEM
25 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini24 Oktober 2018, Rabu – Telah berlangsungnya Program Learn STEM anjuran Dynamic Ninja Academy dengan kerjasama Amanah Putrajaya. Kandungan pembelajaran untuk bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai STEM iaitu Science, Technology, Engineering dan Math. Pelajar akan mempelajari platform software baru iaitu Arduino dan online animation software, Powtoon. Tenaga pengajar untuk bengkel tersebut adalah dari Dynamic Ninja Academy. Bengkel yang dijalankan telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah (13-17 tahun) dan sekolah rendah (9-12 tahun) sekitar Putrajaya.
Bengkel diadakan pada 20 Oktober 2018, Sabtu yang lalu dihadiri oleh 40 orang pelajar untuk dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi kelas Arduino untuk pelajar sekolah menengah dan sesi petang kelas Animation (Powtoon) untuk pelajar sekolah rendah. Program berlangsung di PI Presint 18 bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: