Program bersama Giatmara Putrajaya

18 April 2019 | Aktiviti Terkini

17 April 2019, Rabu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Modul Keusahawanan bertajuk Video Pemasaran bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Latihan bersama pelajar Giatmara diadakan pada minggu kedua setiap bulan bermula bulan Februari sehingga Mei 2019. Modul latihan yang dijalankan pada minggu ini merangkumi asas keusahawan mengenai modul penyuntingan video menggunakan software filmora dan teknik mengambil video untuk jualan online.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar asas keusahawanan dan kaedah mencipta video pengiklanan produk dengan mudah dan menarik hanya menggunakan smart phone. Program diadakan pada 12 April 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 19 orang pelajar dan 2 orang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas