eKelas Ogos

8 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

7 Ogos 2019, Rabu – EKelas diteruskan pada bulan Ogos dengan aktiviti menarik bersama pelajar ekelas. Untuk sesi penggal ini, pembelajaran secara Live Tutorial diteruskan dengan sesi ulangkaji guru bersama pelajar.

EKelas ini diadakan untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Kelas diadakan mengikut subjek pembelajaran ekelas iaitu subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Terdapat juga aktiviti iaitu tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Aktiviti berlangsung dengan cikgu akan memberi arahan kepada pelajar tugas yang perlu mereka siapkan dan pelajar perlu menghantar tugasan mereka di laman Portal eKelas mengikut kumpulan subjek yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar akan diberi markah oleh cikgu dan pelajar yang memperoleh markah tinggi akan menerima hadiah menarik di penghujung sesi pembelajaran ekelas pada hujung tahun ini nanti.

Sesi pembelajaran eKelas penggal ini telah dijalankan di ekelasgos Presint 18 setiap hari Jumaat dan Sabtu. Program tersebut telah dihadiri oleh pelajar darjah 6 dan tingkatan 1 hingga 5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas