Program Gotong Royong Komuniti KRT 18R13

12 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

11 Februari 2023, Sabtu – Rukun Tetangga Komuniti 18R13 dan COMBI dengan jayanya telah menganjurkan Program Gotong Royong Komuniti 18R13 bagi tahun 2023. Program juga disokong oleh JPNIN, KKM, BPH, dan Perbadanan Putrajaya. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat kepentingan menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di kawasan yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

Program ini juga dapat menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar. Pusat Ekonomi Digital, PEDi Presint 18 mengambil kesempatan ini turut serta turun padang dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program. Program telah diadakan pada 11 Februari 2023 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat mengenai pencegahan denggi, gotong royong sekitar P18R13, Pop Kuiz bersama pelajar sekolah (soalan mengenai KRT dan PEDi) dan jamuan tengah hari. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18R13. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas