Kelas ICT Cuti Sekolah

5 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2023, Sabtu – PEDi telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menyertai kelas ICT yang dijalankan dan juga mendengar taklimat berkaitan Klik dengan Bijak.

Sesi kelas ini berlangsung bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Dengan adanya sesi taklimat Klik Dengan Bijak pelajar-pelajar sudah mula sedar betapa pentingnya keselamatan internet dan jugak kesan penggunaan internet dan sebagainya.

Kelas ICT ini merangkumi pembelajaran yang telah mereka belajar disekolah melalui subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Mereka telah diberikan kuiz melalui applikasi Kahoot. Pembelajaran secara interktif ini menarik minat pelajar-pelajar dalam penggunaan komputer dan cara penggunaan yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas