Shopee LIVE Bundle & Preloved

6 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2023, Sabtu – PEDi telah memberi peluang kepada usahawan yang mahu berniaga secara langsung (LIVE) shopee sambil mengambil peluang belajar cara menarik pelanggan dan menggunakan sistem yang ada dalam applikasi Shopee tersebut.

Sesi LIVE ini berlangsung bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Dengan adanya sesi LIVE ini usahawan diajar cara untuk ‘hook’ pembeli, untuk berinteraksi dengan penonton, mengekalkan penonton, dan mempromosikan produk mereka dengan lebih kreatif dan sebagainya.

Diakhir sesi, usahawan diajar cara untuk mencetak airway bill pembeli dan juga cara memproses parcel dari segi packaging dan sebagainya. Dengan ada nya sesi LIVE produk sebegini memberikan keberaniaan dan juga pengalaman kepada usahawan-usahawan yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas