Mesyuarat Tahunan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya

14 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

13 Januari 2023, Jumaat – Staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah mengadakan mesyuarat tahunan untuk membincangan aktiviti kolabarasi dan program-program komuniti untuk tahun 2023. Mesyuarat ini dihadiri oleh staf-staf PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18.

Antara perkara yang dibincangkan adalah latihan keusahawanan dan ICT bersama Giatmara Putrajaya bagi sesi 2023, modul-modul yang akan digunakan serta penglibatan Rakan Digital dalam latihan untuk sesi 2023. Mesyuarat ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet, dan berlansung selama dua jam dari 10:30 pagi sehinggan 12:30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas