Kelas Soft Skills & E-learning

17 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

16 Disember 2023, Sabtu – Kelas Soft Skills telah diadakan sempena cuti persekolahan yang telah bermula iaitu kelas Canva untuk slaid pembentangan bertajuk ‘Azam Tahun Baru 2024’. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai Canva dan membuat slaid pembentangan menggunakan laman web tersebut. Pelajar diberikan tugasan untuk pembentangan mengenai azam tahun baru 2024 mereka yang telah siap menggunakan canva.

Seterusnya aktiviti Kuiz Sejarah Negara sempena cuti persekolahan untuk meningkatkan pengetahuan am pelajar mengenai sejarah negara Malaysia. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 10 orang pelajar sekolah yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas