E-learning – Wordsearch Merdeka & Kuiz Kahoot Merdeka

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

5 Ogos 2023, Sabtu – Aktiviti E-learning Wordsearch Merdeka dan Kuiz Kahoot Merdeka telah diadakan bertujuan untuk mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat pada cuti minggu persekolahan.

Selain itu, aktiviti wordsearch merdeka menggunakan laman web thewordsearch.com untuk melatih pelajar untuk fokus dalam mencari perkataan merdeka yang tersembunyi. Kuiz Kahoot Merdeka pula diadakan untuk menguji pengetahuan pelajar mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Kelas diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Seramai 8 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas