Kelas Microsoft Excel

3 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

2 Julai 2023, Ahad – Kelas Microsoft Excel telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar asas penggunaan Microsoft Excel. Kelas dimulakan dengan memberi penerangan kepada pelajar mengenai aplikasi utama yang terdapat di Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Seterusnya, pelajar mempelajari cara asas menggunakan Microsoft Excel untuk mencipta jadual harian. Antaranya fungsi yang terdapat di Microsoft Excel seperti cara membuat kotak jadual dan mengedit jadual dengan wrap text. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 7 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas