Sesi Tinjauan Ke PEDi Bersama Felo Perdana YBM KKD ke PEDi Presint 18, Putrajaya

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

24 November 2023, Jumaat – Satu sesi tinjauan bersama Felo Perdana YBM KKD ke PEDi Presint 18 telah diadakan pada Jumaat yang lalu. PEDi ini telah dipilih bagi memenuhi objektif tinjauan lapangan ini iaitu bagi melihat penggunaan fasiliti di lokaliti berkenaan dalam konteks penduduk dalam bandar, serta aktiviti pembangunan usahawan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak PEDi. Program ini dihadiri oleh Encik Iskandar, Felo Perdana YBM KKD, Encik Muhammad Iqbal, Pegawai Khas (Operasi) kepada Menteri Komunikasi dan Digital dan turut serta wakil staf MCMC dan Maxis.

Sesi dimulakan dengan kata aluan ringkas daripada Encik Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin, Pegawai Khas (Operasi) kepada Menteri Komunikasi dan Digital. Seterusnya Puan Haryati, Pengurus PEDi Presint 18 memberi penerangan berkaitan program serta perancangan aktiviti yang telah diadakan dan akan berlangsung. Disamping itu, maklum balas mengenai cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh staf turut dibincangkan semasa sesi tinjauan tersebut. Program bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas