Kemudahan Pembelajaran Pelajar di PEDi Presint 18

6 April 2023 | Aktiviti Terkini

5 April 2023, Rabu – Objektif utama Pusat Ekonomi Digital, PEDi adalah untuk membantu usahawan dalam kalangan B40 dan komuniti sekitar. Selain itu, PEDi bukan sahaja untuk membantu usahawan tetapi juga berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada para pelajar B40 khususnya pelajar SPM dan STPM dengan menyediakan latihan ICT, kemudahan akses internet berkelajuan tinggi, pencetakan, dan tempat yang kondusif untuk mengulangkaji pelajaran.

Terdapat juga pelajar sekolah menengah menjalani aktiviti kelas kokurikulum secara atas talian menggunakan Google Meet. Pelajar dan komuniti sekitar dialu-alukan untuk hadir menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi. PEDi akan terus berkhidmat kepada komuniti dengan memberi kemudahan yang kondusif untuk pengguna PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas