Kelas ICT Fast Typing & STEM DIY Boomerang

7 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

6 Ogos 2023, Ahad – Kelas ICT Fast Typing & STEM DIY Boomerang telah diadakan untuk memberi latihan dan mencungkil bakat pelajar dalam kelas yang diadakan di PEDi setiap minggu. Kelas ICT Fast Typing diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai laman web www.typingpal.com untuk pelajar mempelajari cara asas menaip dengan pantas dan tepat. Pelajar diberi tugasan latihan menaip dan 3 orang yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah.

Seterusnya, kelas diteruskan dengan aktiviti STEM iaitu DIY Boomerang. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat keupayaan dan kreativiti pelajar agar dapat menghasilkan Boomerang dengan hanya menggunakan kertas warna A4. Mereka menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 12 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas