Program Bersama Kafeteen & Slot MIV STEM/IOT (Aplikasi Quiver)

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

07 Oktober 2023, Sabtu – Pihak Kafeteen LPPKN telah berkolaborasi bersama PEDi menganjurkan program untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun. Terdapat dua sesi program iaitu secara fizikal dan secara maya. Program untuk sesi pertama secara fizikal telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 10. Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para remaja kepentingan pembelajaran anggota reproduktif serta mempelajari anggota badan yang sensitif dan juga tidak sensitif. Program turut dibantu oleh staf dari PEDi Presint 16, Presint 18 dan juga Presint 9 Fasa 3.

Program diteruskan dengan slot MIV Putrajaya yang terdiri dari PEDi Presint 18 dan Presint 9 Fasa 3 untuk kelas STEM/IOT (aplikasi Quiver). Puan Anis, staf PEDi dan juga MIV dari PEDi Presint 18 memberi penerangan mengenai aplikasi Quiver yang boleh dimuat turun melalui “Google Store” ataupun “App Store” dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Peserta diberi tugasan cara menggunakan aplikasi tersebut. Seramai 13 orang peserta telah hadir untuk program ini. Program bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5:00 petang. Program diakhiri sesi bergambar bersama peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas