Program Karnival Sukan Komuniti 18R13

17 September 2023 | Aktiviti Terkini

16 September 2023, Sabtu – Program Karnival Sukan Komuniti 18R13 dengan jayanya telah diadakan pada Sabtu yang lalu. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar disamping menyertai aktiviti sihat iaitu bersukan. PEDi Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 18, Presint 16, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 juga turut menyumbang dengan memberi sumbangan untuk hadiah cabutan bertuah.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program adalah senaman aerobik, pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program diadakan di Padang Mini Blok A & B Apartment 18R13. Program bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas