Kelas STEM & E-learning

19 November 2023 | Aktiviti Terkini

18 November 2023, Sabtu – Kelas STEM telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai aplikasi Paint. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai aplikasi Paint dan cara melukis bendera menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya aktiviti e-learning iaitu Kuiz Kahoot mengenai teka bendera negara dunia.

Pelajar yang menyertai kuiz ini dapat mempelajari serta mengenali bendera-bendera negara yang terdapat di seluruh dunia. Kelas diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seramai 7 orang pelajar sekolah yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas