Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2023

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

19 Ogos 2023, Sabtu - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 18 WP Putrajaya telah menghadiri Bengkel Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti 2023. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Aloft Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang staf PEDi Wilayah Persekutan dan 30 orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dibawah CKPOKU Jabatan Penerangan Malaysia telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Negeri MCMC Wilayah Persekutuan iaitu Encik Alyas Roy Haji Amir.

Kemudian bengkel diteruskan dengan sesi pertama iaitu pengenalan MIV, inisiatif MCMC lain serta tugasan sukarelawan MIV oleh Puan Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti MCMC. Terdapat 5 sesi pengisian lain iaitu, e-bayaran oleh PayNet, perkongsian produk dan perkhidmatan oleh POS Malaysia, pemasaran menggunakan media sosial oleh Cikgu Yaser Mohd Akhir (Master Trainer MYNIC), sesi penggunaan telefon pintar untuk fotografi, videografi dan aplikasi penyuntingan oleh Skoodeng Studio, dan sesi terakhir iaitu sesi kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi oleh Dr.Anuar bin Ali, Timbalan Dekan & Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM. Bengkel diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan sesi bergambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas