Kelas IoT Microbit Microsoft MakeCode

2 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

1 July 2023, Sabtu – Kelas IoT Microbit Microsoft MakeCode telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai Microsoft MakeCode menggunakan laman web makecode.microbit.org. Microsoft MakeCode adalah sebuah IDE (Integrated Development Environment) dan software aplikasi programmer untuk membuat program, meng-compile, menjalankan dan menguji bahkan melakukan troubleshooting program.

Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai Microsoft MakeCode dan seterusnya mempelajari cara asas menggunakan block coding untuk menghasilkan projek Microbit seperti Falshing Heart, Smiley Button dan Name Tag. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas