Program Kitar Semula Kemerdekaan bersama KEMAS

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya iaitu Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18 telah mengadakan Program Kitar Semula Kemerdekaan bersama KEMAS. Seramai 50 orang pelajar telah menyertai program tersebut. Program dimulakan dengan pengenalan asas perkakasan komputer serta fungsinya seperti Monitor, Tetikus, dan Papan Kekunci. Program diteruskan dengan aktiviti senaman A Ram Sam Sam bersama pelajar serta guru Kemas.

Seterusnya aktiviti utama iaitu aktiviti individu kitar semula, pelajar disediakan bahan kitar semula untuk menghasilkan patung cawan merdeka yang mempunyai bendera Malaysia. Kelas diakhiri dengan nyanyian lagu sempena kemerdekaan iaitu ‘Saya Anak Malaysia’ dan sesi bergambar bersama pelajar, guru dan staf PEDi Putrajaya. Program diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3 dan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Program ini juga dibantu oleh MIV Putrajaya iaitu dari PEDi Presint 9 Fasa 3 dan Presint 18.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas