Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Disember 2024
18 Disember 2024 | Aktiviti Terkini17 Disember 2024, Selasa - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya bersama Jabatan NADI, MCMC mengadakan pameran bagi program Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Disember 2024. Program ini berlangsung pada 17 Disember 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna Aras B1, Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Reruai MCMC ini mula dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Komunikasi juga turut singgah di booth NADI.
Tujuan @ Inti pati utama reruai MCMC ini dibuka:
• Mempromosi keahlian percuma kepada penjawat awam yang hadir untuk Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Disember 2024 dan penerangan peranan utama MCMC & Peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh Malaysia kepada komuniti @ masyarakat.
• Mendedahkan kepada pengunjung Perkhidmatan Pintar NADI serta program dan kursus yang ada ditawarkan secara percuma di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: